Wednesday, December 15, 2010
~nasihat dr seseorg. . .~
kalau dia dh nk kawin dgn org lain maknanya dia bkn jodoh awk. sakit mcm mana pun awk kena sentiasa ingatkan diri yg dia bkn dijadikan utk awk. awk ditemukan dgn dia mesti ada hikmahnya. mgkn skang awk belum nmpk. tp awk kena yakin, ada hikmahnya Tuhan temukan awk dgn dia.
To move on is not easy. I understand. pastu nk tgk dia kawin dgn org lain pulak. lg sedey. jgn duduk sorang2. byk spend masa ngn family atau kwn2 (yg baik2 la). kena doa setiap masa mintak Allah mudahkan awk lupakan dia dan ditemukan dgn lelaki yg lebih baik.
byk2 bersbr. kuatkan semangat. ingat yg ramai lg org sygkan awk. jodoh pertemuan ni mmg bkn kuasa kita. buat la mcm mn pun, kalau dia bkn jodoh awk, takkan jadi punye. kalau rasa awk ada kelemahan diri, jadikan ini pengalaman dan perbetulkan kelemahan kita. jd manusia yg lebih baik. jgn berhrap pd benda yg dh takde. bg peluang pd diri awk utk kenal org baru..
zikir PENENANG HATI
Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.
Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."
– Surah al-Mulk: 2.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
– Hadis riwayat al-Bukhari.
Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:
1. Membaca al-Quran setiap hari.
2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.
3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.
4. Menjauhi maksiat.
5. Membanyakkan istighfar.
6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.
"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
– Hadis riwayat Muslim.
Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.
Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.
Tuesday, December 14, 2010
14 dec 2010
tp sume tu da jd kenangan da :)
its ok, aku akn terus igt date ni sampai bile2..
n da setahun 10bln kitorg kenal sbg kwn :)
ape pun, aku tetap doakan yg terbaik utk dia..
moga dia hepy salu dgn ape yg dia ade skng..
hepy dgn fmly n fmly br dia :)
hepy dgn keje n suasana keje..
ditambah rezeki setelah ape yg terjadi..
n tetap maafkan aku setelah ape yg aku da wat dlm idup dia..
AMIN . . .
aku hrp, aku pn kuat utk trima sume nye selepas ni..
ditabahkan hati utk terima qada' dan qadar dr allah..
blaja bersungguh2 sampai abes..
nk keje, nk balas jasa mak ayh :)
sy akn cuba ubah diri sy utk jd perempuan yg lbh baik..
nak buang sume sifat buruk..
AMIN . . .
WAY TO 4GET . . .
YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.
Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.
Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.
Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.
Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.
1) Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
2)Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
3)Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
4)Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
5)Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
6)Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
7)Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
8)Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
9)Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
10)Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.
*saje je nk share..hope kite same2 lebih kuat utk hadapi keadaan yg seterusnya.. INSHA ALLAH :)
Friday, November 26, 2010
~MENYESAL~
Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia
Reff:*
Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu
**
Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela
Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu
Back To Reff:* Dan **
Back To Reff:* Dan **
Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu
Friday, October 29, 2010
. . . . . . . . . .
but...
men GET n FORGET...!!!
DAMN...!!!!



