Thursday, December 16, 2010

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
... paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.

2 . Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia
tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak
selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia
dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,
itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di
situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah
dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia"
kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.
Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya
dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

p/s: yg berkaler OREN itu adalah sifat yg sgt sinonim dgn diri aku, yg dinyatakan oleh seseorg kpd aku n dia suruh aku berubh n buang sume sifat tu.. SUME SIFAT TU WAT AKU XBHGIE.. islam itu indah . . .

sOmeTimeS . . .

kdg2, aku rase frust sgt2 ngn diri aku sbb AKU XDPT TAHAN DIRI AKU drpd terus igt pasal dia, msg dia, or ape2 jela pasal dia sdgkan aku da jnj dgn diri aku sndri yg wlau apepun yg terjadi, wlau pahit mcmane pun, aku akan tahan tp aku selalu gagal! gagal nk hepykan diri aku sndri..gagal nk hepykan org lain. akhirnye buat org bertmbh mrh n benci pd aku :'( maafkan aku...

kdg2, aku rase ssh sgt2, teramat amat ssh utk aku wat sume tu.. nape ye? sbb ape yg aku da wat kat dia ke? atau diri aku yg lemah sgt n xnk cuba? tp dlm hati aku ni, org xkn tau betapa ssh aku nk cuba lawan sume ni. aku mmg tersgt lemah sbb selama ni, idup aku TERLALU BERGANTUNG dgn seseorg.. bl aku ditinggalkan, betapa ssh aku nk berdiri atas kaki sndri..

kdg2, bl aku da cuba buat sume tu, teramat byk gangguan yg dtg n masuk dlm fikiran aku ni.. buat aku rase xtenang n kelam kabut. senang2 je sume tu dtg kat aku blk nk menunjukkan betapa lemah aku dgn ujian yg mendtg. aku salu berdoa, semoga allah mudahkan urusan aku UTK MELUPAKAN DIA n jgn bg aku BERTINDAK MENGIKUT PERASAAN.. n aku hrp sume kenangan yg dulu DPT BUANG JAUH2.., xnk igt lgsg tp kdg2 aku mmg tewas ngn sume tu ;'(

aku betul2 nk lupekan sume ni.. kalau boleh, aku nk lupekan skng gak, xnk igt pape lg sbb sume tu wat aku sakit sgt.. aku xlarat nk tanggung bl mcm2 dtg masuk dlm fikiran aku ni. aku insan yg sgt2 lemah tp aku perlukan kekuatan utk hadapi sume ni. aku kesian kan diri aku sbb terus cmni. dats y aku akn salu igtkan diri aku, aku kene kuat wlau mcm mane pun! aku pn nk bhgie mcm org lain. aku xsbr nk kua dr keadaan ni..

ya allah ya tuhan ku, aku hambaMu yg sgt2 lemah. berikan lah aku kekuatan utk trima Qada' dan Qadar ini. mudahkan la segala urusan aku utk melupakan dia dan berikan la aku kekuatan diri utk menghadapi hari2 yg mendtg.. temukan la aku dgn jodoh yg baik sbg pengganti dirinya.. jauhkan la aku dr segala perkara yg terus mengganggu fikiranku.. insha-allah..

aku tau, bl aku berjaya hadapi sume ni, ini adalah kejayaan aku yg pling besar n HADIAH YG PLING BERMAKNA utk dia :) aku tau, dia lah yg pling hepy sbb spjg hbgn aku dgn dia, byk perkara baik yg dia dah ajar aku.. mungkin itulah hikmah kenapa allah temukan aku dgn dia dulu :) aku XPNH MENYESAL knl ngn dia dulu. 1day kami akn realize kenapa kami ditemukan kemudian berpisah..


Wednesday, December 15, 2010

~nasihat dr seseorg. . .~

aduh sedey nye. sian adik sy sorang ni ye. putus cinta mmg sakit. sy dulu pun pernah putus cinta. sakit sgt. semua serba tak kena. nangis je kan. hmm...nasihat sy, ingatkan diri kenapa kita bercinta. kita bercinta sb nk cari psgn hidup. utk temankan kita di syurga nanti. jd bercinta biar kerana Allah. jgn bercinta kerana hati atau nafsu.

kalau dia dh nk kawin dgn org lain maknanya dia bkn jodoh awk. sakit mcm mana pun awk kena sentiasa ingatkan diri yg dia bkn dijadikan utk awk. awk ditemukan dgn dia mesti ada hikmahnya. mgkn skang awk belum nmpk. tp awk kena yakin, ada hikmahnya Tuhan temukan awk dgn dia.

To move on is not easy. I understand. pastu nk tgk dia kawin dgn org lain pulak. lg sedey. jgn duduk sorang2. byk spend masa ngn family atau kwn2 (yg baik2 la). kena doa setiap masa mintak Allah mudahkan awk lupakan dia dan ditemukan dgn lelaki yg lebih baik.

byk2 bersbr. kuatkan semangat. ingat yg ramai lg org sygkan awk. jodoh pertemuan ni mmg bkn kuasa kita. buat la mcm mn pun, kalau dia bkn jodoh awk, takkan jadi punye. kalau rasa awk ada kelemahan diri, jadikan ini pengalaman dan perbetulkan kelemahan kita. jd manusia yg lebih baik. jgn berhrap pd benda yg dh takde. bg peluang pd diri awk utk kenal org baru..

zikir PENENANG HATI

Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.

Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.

Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."
– Surah al-Mulk: 2.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
– Hadis riwayat al-Bukhari.

Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:

1. Membaca al-Quran setiap hari.

2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.

3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.

4. Menjauhi maksiat.

5. Membanyakkan istighfar.

6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
– Hadis riwayat Muslim.

Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.

Tuesday, December 14, 2010

14 dec 2010

um..arini anvsry 1year 8month ngn dia..
tp sume tu da jd kenangan da :)
its ok, aku akn terus igt date ni sampai bile2..
n da setahun 10bln kitorg kenal sbg kwn :)

ape pun, aku tetap doakan yg terbaik utk dia..
moga dia hepy salu dgn ape yg dia ade skng..
hepy dgn fmly n fmly br dia :)
hepy dgn keje n suasana keje..
ditambah rezeki setelah ape yg terjadi..
n tetap maafkan aku setelah ape yg aku da wat dlm idup dia..
AMIN . . .

aku hrp, aku pn kuat utk trima sume nye selepas ni..
ditabahkan hati utk terima qada' dan qadar dr allah..
blaja bersungguh2 sampai abes..
nk keje, nk balas jasa mak ayh :)
sy akn cuba ubah diri sy utk jd perempuan yg lbh baik..
nak buang sume sifat buruk..
AMIN . . .

WAY TO 4GET . . .

YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.

Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.

Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.

1) Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.


2)Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.


3)Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.


4)Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.


5)Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.


6)Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.


7)Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.


8)Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.


9)Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.


10)Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.


*saje je nk share..hope kite same2 lebih kuat utk hadapi keadaan yg seterusnya.. INSHA ALLAH :)

 
Posted by BabyRosza